Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
mee hailan (kak liza)

makasih kak lzia sbb sediakan resepi mee hailam kt fp kak liza. mmg best sgt. tp byk yg kurangnya bila ummi buat sbb byk benda yg takde kat sini. cuma yg ummi tambah kt sini, ummi letak satu sudu tepung jagung nak bg pekat skit.



MEE HAILAM

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


Tuesday, 31-Jul-2007 18:04 Email | Share | | Bookmark
sira pedas kacang dan kentang

ada satu hari tu walid tercari-cari kat dapur makanan yg walid boleh kunyah2 sambil ngadap pc baca forum . ummi pun terfikir nak buat sesuatu utk walid. ummi pun tau apa favorite walid yg walid takkan tolak klu ummi masak . ummi pun buat sira pedas kacang dan kentang. ummi letak gak ikan bilis skit yg telah digoreng garing. caranya sama je buat sambal bilis tu, cuma nak kena tumis lama skit dan bg garing bawang putih, bawang besar dan cili kering tu.



lg satu, nak kena letak gula lebih skitla baru sedap. mmg tak elok utk kesihatan klu manis2 sgt tp ummi tak buat selalu cenggini...sekali sekala je la.biasanya kalau balik mesia, kitorang selalu beli kerepek ubi pedas yg manis tu kat air hitam. klu gi KL sure singgah situ beli dan buat makan dalam keta.time raya pun mmg adakat umah mak tu sbb kakak ipar walid selalu ke air hitam...so, dia pun selalu beli kerepek2 kt sana. air hitam tu mmg terkenal ngn lokasi yg jual kerepek2 cenggini. selain tu, byk gak tembikar yg boleh membuatkan sesapa yg tengok tu pasti akan beli . ermm...ummi pun ada beli gak dlu, tp letak kat umah sewa kemaman. utk umah sendiri, tunggu balik menetap kt mesia dulu



Tuesday, 31-Jul-2007 17:41 Email | Share | | Bookmark
asam pedas ikan ala johor

asam pedas cenggini ummi selalu makan masa duk umah mak kt johor. mak mmg selalu masak asam pedas cenggini sebab atuk ammar suka sgt asam pedas. tp mak selalu masak asam pedas ikan pari. kat sini ummi tak jumpa lg ikan pari so, bila teringin makan asam pedas tu...ummi gantikan dgn ikan kembung. ikan ape2 pun boleh kan, rasanya takde masalah.



bahannya
2 ekor ikan kembung
10 batang bendi
2 ulas bawang putih (blend)
1/2 biji bawang besar (blend)
1 sudu asam jawa (kekadang tu ummi pakai asam keping je, lgpun klu ummi letak bendi, rasanya lebih baik letak asam keping sbb nti bendi tu kurang belendir)
10 tangkai cili kering
2 sudu kerisik
sedikit daun kesum (ummi tak letak pun daun kesum sbb takde kt sini )
minyak
air

caranya
ikan dibersihkan dan ditoskan.
bendi pula dipotong bahagian kepalanya.
tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering yg telah dikisar.
setelah naik bau, masukkan air(bancuh dgn asam jawa) atau asam keping dan ikan kembung tadi.
masukkan juga daun kesum, bendi dan kerisik. kacau perlahan2 supaya ikan tak hancur.
apabila hampir gelegak, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa (jika suka).
sedia utk dihidangkan.

ummi rasa asam pedas johor memang sedap sbb pekat. first time makan terus jadi favorite. klu mak masak asam pedas ikan pari tu, rasa berselera sgt makan nasi...mau tambah 2 pinggan lgpun air tangan ibu, mmg sedap.




Tuesday, 31-Jul-2007 17:26 Email | Share | | Bookmark
satay (bakar)



ada satu hari tu ummi beli daging yg low fat. daging tu dipotong panjang2. masa ummi basuh daging tu utk simpan dalam freezer, ummi tgk daging tu cam lembut sgt. ummi terfikir, mungkin ni daging yg org yg buat tu. ummi pun rasa nak try buat datay. first time ummi buat satay, keras kejung . ummi pakai daging yg ada lemak skit. memang masa tu ummi taktau pun ada daging2 jugak yg boleh dibuat satay.

malam tu ummi pun perapla daging tu dgn rempah yg ummi buat sendiri. rempah yg ummi buat nie ikut resepi ma ummi. mmg kat kelantan klu musim raya haji, kitorang akan buat bakar2 satay atau ayam. kongsi2 la dgn jiran2 kt umah tu...dorang pun bukan org lain, sedara mara gak. masa tu la berpeluang berkumpul suma sbb ramai yg balik bercuti time tu.



ni resepi cara nak buat rempah utk rendam daging tu...

bahan2
1/2 kg daging
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang serai
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu serbuk kunyit
garam dan gula
minyak
sedikit kicap

cara
blend suma bahan di atas kecuali daging.
daging tadi dhiris dan dibasuh.
kemudian masukkan daging ke dalam bekas dan tuang ke atasnya bahan yg telah diblend td.
gaul hingga rata dan perap semalaman.
dalam dalam ice box bahagian bawah.
soknya, baru cucuk kat batang lidi.
sedia utk dibakar .

bolehla dihidangkan dengan nnasi impit, timun dan bawang besar yg dipotong. jgn lupa plak kuah kacang tu. ummi lupa plak nak snap pic kuah kacang ummi.

utk resepi kuah kacang plak...ummi buat simple2 jer tp still sedap

bahan2
1/2 kg kacang (ummi terus goreng dengan minyak, pastu blend dgn kulit2nya skali, rasanya takde effect ape2 pd rasanya. tp blend kasar ya, jgn halus sgt)
2 ulas bawang putih(blend)
1 biji bawang besar(blend. ummi kt sini pakai bawang besar je, bawang merah kt sini mahal sgt )
1 batang serai (diketuk)
1 inci halia (blend)
10 tangkai cili kering (blend)
1 ketul gula melaka
garam
serbuk perasa (klu suka)
1 paket santan segera (kt sini pakai santan segera je , santan tu dibancuh dgn air suam)
minyak

caranya...
tumis bawang putih, bawang besar, halia, dan cili kering hingga naik bau.
masukkan pula santan, serai dan kacang tanah yg telah dikisar kasar td.
masukkan juga gula melaka. kacau sekali sekala hingga gula melaka tu cair.
bila hampir menggelegak dan gula melaka cair, masukkan garam dan serbuk perasa.
sesuaikan rasanya.
bila menggelegak, tutup api dan sedia utk dihidangkan




Tuesday, 31-Jul-2007 17:26 Email | Share | | Bookmark
udang/bilis masak lemak tempoyak

haaa...ni lg satu favorite walid. ummi pun suka jugak. masak lemak tempoyak nie mmg menu wajib kat umah mak mertua bila musim durian. klu tak musim durian pun mmg dapat makan gak masak lemak tempoyak nie sbb mak memang simpan durian dlm freezer dia utk time2 teringin makan durian.

ni udang...


aritu masa gi umrah mak ada bwakkan tempoyak utk kami sekeluarga kat saudi nie. walid yg mintak mak bawakkan. terfikir gak ummi, camana agaknya nenek ammar nak bawak tempoyak dalam fight nie...tentu bau semerbak je nti. heheheee, mmg betul tekaan ummi. nenek ammar ada cerita. masa transit tu, ada org yg ikut jemaah mak bercakap2. drang kata ada bau durian, kat mana agaknya ya. kat sini pun ada durian gak . mak tersenyum sorang2, buat taktau je pastu.

dapatla kami merasa masak lemak durian kt sini. mmg berjimat cermat ummi masak lemak tempoyak nie. klu ada belen tak abis tu, masuk freezer laa jawabnya. sayang nak buang walau tinggal setengah mangkuk je lg. mmg walid pun pesan gak kt ummi, jgn buang yg belen tu, nti boleh panaskan . heheheee, ni tentu akan jadi pengalaman yg paling manis sepanjang ummi duk kat saudi nie.

setakat nie ummi dah buat 2 kali masak lemak tempoyak nie. satu letak udang, satu letak ikan bilis. klu letak ikan pun boleh gak tp tak try lagi. tu menu akan datang. sok dah planning nak masak lain .

ni bilis...


MASAK LEMAK TEMPOYAK

Bahan-bahan

10 ekor udang (medium)/ ikan bilis segenggam
2 cawan Santan
4 biji Bawang merah }ditumbuk halus
1 inci Kunyit hidup } ditumbuk halus @ 1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula } secukup rasa
boleh gak letak daun kunyit (lg sedap aroma dan rasanya)

Cara-cara

1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan juga, bawang merah, kunyit hidup/serbuk kunyit dan udang/bilis.
3. Apabila hampir mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net