Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Thursday, 16-Aug-2007 11:47 Email | Share | | Bookmark
pizza telur dan cheese



pizza ni walid beli kat rakah (dekat ngn ofis walid). walid kata, walid ada tgk org tu buat pizza nie. dia punya crust tu nipis je...resepi utk crust pizza ni biasanya ummi ikut resepi yg dikepilkan bersama klu kita beli yis kering mauripan tu. yang bahagian atas crust tu cuma telur dibancuh dengan cheese mozarella yg diparut. mungkin jugak kena letak garam skit sewaktu bancuh telur dan cheese tu, takut tawar plak nti kan .pastu, tuang bancuhan tadi atas crust pizza tu, then...dibakar dalam oven. ummi tak try buat lg. insyaAllah, akan datang .

ammar dan balqis plak klu makan pizza nie biasanya ummi sapukan jem blackberry. lg dorang suka .




Wednesday, 15-Aug-2007 15:16 Email | Share | | Bookmark
nasi beriani mak JB

ummi ikut resepi nenek ammar kat JB. biasanya mak masak nasi beriani nie time raya dan hari2 special nasi beriani mak nie mmg dipuji kesedapannya. mmg kitorang suka sgt klu mak buat nasi beriani nie. skali makan 2 pinggan tu.... confirm lama gak ummi nak belajar dari mak nie, sekali tanya tak berapa tangkap lg. 3, 4 kali tanya dan makan...baru boleh buat sendiri ummi sejak duk JB la baru makan nasi beriani. kt kelantan, mana ada org buat nasi beriani. time kenduri pun dorang makan nasi putih je. bukan setakat tanya resepi nak buat nasi beriani...tp kena tanya camna rupa daun ketumbar, pewarna (ada pewarna mmg khas utk nasi beriani), dan macam2 lagi. memang benda tu suma asing bg ummi masa tu. sejak duk JB la ummi tau suma nie sian ummi kan, byk yg ketinggalan rupanya

klu kat JB, time kenduri kendara tentu nasi beriani menu utamanya. memang best sgt. siap dorang bg kita bungkus bawak balik lg. dorang panggil 'berkat'. mmg modal pun besar la utk kenduri tu.bayangkanla klu satu kepala RM 6 termasuk air klu catering. tu paling murah la...klu jemputannya 1000 org. mau RM6000 utk kenduri tu, makan je tau. tak termasuk lain2 lg cam bunga telur, sewa khemah, pelamin, dll. mmg modal besar la .

okla, panjang plak citer ummi nie. kat bawah nie ummi listkan bahan dan cara nak buat nasi beriani mak's style



untuk nasi ....4 org makan

bahannya:

3 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
3 kuntum bunga lawang (pecah2kan)
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan (simpul)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
3 sudu besar minyak sapi atau butter
air secukupnya
garam
serbuk perasa (option)
2 cawan kuah daging beriani (dicampur dengan 2 sudu pewarna khas utk nasi beriani)

caranya
tumiskan bawang putih, bawang merah/besar, dan halia hingga naik bau.
masukkan pula daun pandan, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
masukkan pula beras yg telah ditoskan tadi. goreng sebentar.
pastu, masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa. serbuk perasa jika perlu.
tutup periuk.

p/s: seeloknya nasi dimasak setelah daging beriani dimasak sbb nakkan sedikit kuah dari daging beriani.




daging beriani...

bahannya:
1/2 kg daging (dihiris atau potong kiub)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah kari
2 uls bawang putih (kisar)
8 biji bawang merah atau 1 1/2 biji bawang besar (kisar)
1 inci halis (kisar)
5 batang cili besar hijau (kisar)
10 tangkai daun ketumbar
5 tangkai daun pudina
3 sudu besar minyak sapi atau butter
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 genggam gajus yg tidak dipanggang (1 genggam, dikisar dan 1 genggam lg letak camtu je)
1 genggam kismis
2 biji tomato (belah 4)
2 sudu sos tomato
1 cawan plain yogurt atau 1 cawan susu cair diperahkan dengan 2 biji limau nipis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika perlu)

caranya :
panaskan minyak sapi / butter di dalam periuk.
tumis bawang putih, bawang merah/besar dan halia hingga naik bau.
tumiskan juga bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan rempah beriani dan rempah kari.
setelah itu, masukkan daging....gaul rata dan biarkan seketika.
masukkan yogurt yg telah dibancuh dengan air. gaulkan hingga rata.
masukkan pula sos tomato. gaul lagi.
masak hingga daging empuk.
setelah empuk...masukkan gajus, daun pudina, daun ketumbar, garam dan gula. juga serbuk perasa jika perlu. sesuaikan rasanya.
ambil 2 cawan kuah daging beriani dan dicampur dengan 2 sudu pewarna kuning, asingkan utk nasi.
setelah itu, masukkan tomato dan cili hijau yg telah dikisar.
apabila mendidih, boleh ditutup apinya.




ayam masak merah...

bahannya:
1 ekor ayam (dipotong lapan bhgn)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar atau 6 biji bawang merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar)
3 sudu besar sos tomato
5 biji buah keras (kisar)
minyak
sedikit air
garam dan gula
serbuk perasa (jika suka)

caranya:
- ayam dibersihkan, dipotong lapan bahagian. dilumur dengan garam dan kunyit dan goreng. tp jgn terlalu garing. ketepikan.
- tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering hingga minyak naik ke atas.
- masukkan sos tomato, buah keras, sedikit air, garam dan gula. serbuk perasa jika suka.
- gaul hingga rata dan sesuaikan rasanya.
- masak lagi hingga hampir mendidih.
- last skali, masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan hingga rata.
- boleh juga dituang atas ayam yg telah diletakkan dalam pinggan.
- ikut citarasa masing2

p/s : boleh juga ditambah secawan kacang peas semasa masukkan sos tomato.




acar....

bahannya:
1/2 batang carrot (dipotong memanjang)
2 batang timun (dipotong memanjang)
2 ulas bawang puthi (kisar)
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil bijan
minyak

caranya:
- tumiskan bawang putih, bawang merah/besar dan cili kering hingga kekuningan.
- masukkanserbuk kunyit, timun dan carrot yg telah dipotong memanjang (cam dalam pic tu )
- gaul hingga rata dan biarkan seketika.
- masukkan pula, biji sawi, bijan, garam dan gula.
- gaul hingga rata dan sesuaikan rasanya.

p/s: klu kering boleh tambah sedikit air semasa masukkan biji sawi, dll.




Wednesday, 15-Aug-2007 15:05 Email | Share | | Bookmark
udang goreng kunyit



resepinya....

Bahan
10 ekor udang size medium
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
10 batang kacang peas (potong serong)
kunyit
minyak
garam

Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan udang yang telah digaul dgn kunyit dan garam secukup rasa. Gaulkan rata.
masukkan pula kacang peas dan gaul lagi.
jgn masak terlalu lama setelah dimasukkan kacang peas, nti hilang khasiatnya
sedia utk dihidangkan


Wednesday, 15-Aug-2007 14:59 Email | Share | | Bookmark
kerapu sweet sour

minggu lepas ummi gi shopping barang dapur kt geant. ummi gi la kt tempat ikan, udang tu. hajat nak beli udang. tp ummi ternampak ikan kerapu plak. SR16.50 sekg. ummi ambik 2 ekor. yang sedang2. dah lama ummi tak makan ikan kerapu nie. biasanya ummi buat sweet sour la. kali ni pun ummi buat sweet sour gak. masak sekor je takut tak abis plak



resepi ummi cam resepi kak liza gak. ummi pastekan resepi kak liza je kt sini cuma gantikan ikan tu dgn ikan kerapu je. kak liza pakai ikan bawal. lg satu, ummi ada tambah cili benggala. daun bawang dan sup, takde kt sini. so, ada alasan la tak letak kan

Bawal Sweet-Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


Wednesday, 15-Aug-2007 14:39 Email | Share | | Bookmark
chicken kung pao

ummi ada tgk resepi nie kt forum cari.com tp ummi lg senang ambik resepi nie dari fp kak liza sbb klu network kt sini ok, tetiap ari ummi bukak fp kak liza:). tp dalam resepi nie ummi gantikan sos tiram dgn kicap manis sbb sos tiram yg dijual kt sini tak meyakinkan ummi utk membelinya . lg satu, sos tomato. stok sos tomato yg ummi bawak dari mesia dah abis. so ummi pakai sos tomato sini yg di pek dalam kotak (cam kotak minuman tu). klu sos tomato dari sini tentula rasanya pun lain dan terlebih merahnya bila dimasak tgkla pic chicken kung pao ummi tu, kan merah menyala cam taruk cili kisar je . tp takpela, nak buat camana kan. balik mesia nti boleh try lg .



KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api




[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net