Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 15-Aug-2007 13:02 Email | Share | | Bookmark
kuih lapis kacang hijau (kak hanieliza)

haaa..ni lagi satu resepi kak liza yg ummi ceduk dari fp kak liza nampak cam best je pic kuih lapis ni kt fp kak liza sampai ummi teruja nak buat kuih lapis nie . bila ummi buat ikut resepi kak liza, mmg ummi suka sgt kuih nie. mmg sedap sgt. ummi ada bg gak kat jiran sbb ummi buat satu loyang. sapa nak abiskan...mmg sedap tp tak mampu ummi nak abiskan satu loyang tu. balqis pun suka gak.



ummi cuma copy n paste je resepi nie dr fp kak liza

KUEH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air

Cara
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.


Wednesday, 15-Aug-2007 12:47 Email | Share | | Bookmark
mee kari kak hanieliza

sebenarnya bila ummi buat mee kari nie, byk bahan tak cukup dan takde kt sini. tp resepi mee kari yg ummi buat nie semuanya based on resepi kak liza. jadi ummi attachkan kat sini rsepi kak liza



MEE KARI KAK HANIELIZA

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


Wednesday, 15-Aug-2007 12:47 Email | Share | | Bookmark
keledek merah goreng

masa balik cuti kat mesia aritu, ummi ada gi KL kat jalan masjid india. walid ada beli keledek goreng kt situ. tak silap 5 keping kot RM1. tp org tu potong nipis sgt cam utk buat kerepek (biasala cut cost ). tp celup tepung la. rasa cam sedap plak sbb rangup. balik je saudi ummi pun beli gak keledek ni, nak buat cenggitu. mmg selalu ada stok keledek merah nie kat dapur tu. bila takde benda nak kunyah2 waktu petang. keledek goreng ni la jadi hidagan



resepinya....

bahan2
1 biji keledek sederhana besar (potong nipis2 cam nak buat kerepek)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kkecil serbuk kunyit
1 biji telur
garam secukup rasa
air sejuk secukupnya.
minyak utk menggoreng

caranya
gaulkan tepung gandum, telur, garam, serbuk kunyit dan air sejuk.
jgn terlalu cair.
masukkan keledek yg telah dihiris tadi.
sementara tu, panaskan minyak di dalam kuali
bila minyak panas, bolehla goreng.
bila kekuningan dan garing, bolehla diangkat dan dihidangkan.
boleh makan begitu saja atau cicah dgn pencicah keropok lekor

p/s: klu kt johor, dorang cicah ngn sambal kicap sedap !!



Wednesday, 15-Aug-2007 12:47 Email | Share | | Bookmark
makan nasi lemak kt corniche

sebenarnya ummi tak planning pun nak gi makan kat corniche(tepi pantai kt khobar nie).walid yg bg cadangan. kebetulan aritu ummi masak nasi lemak. rasa cam sedap je klu dapat makan kat tepi pantai kan . bukan kami je makan kat situ, mmg ramai family lain.lgpun, aritu ari cuti so...dorang ambik peluang bawak family ke situ.

berselera sungguh ammar makan


musim panas cenggini, dorang mmg kuar malam bawak family. maklumla waktu siang sampai 45 degree. so, klu kat corniche dan shopping mall tu mmg susah nak parking waktu malam.

bawak ball ammar, pas makan dia boleh main2 jap kt situ


Wednesday, 15-Aug-2007 12:47 Email | Share | | Bookmark
peanut butter muffin

ummi dah try buat peanut butter muffin nie. alhamdulillah, menjadi plak. ummi pakai resepi basic muffin yg ummi ambik dari forum cari.com kiriman sue klu tak silap. cuma ummi tambah 4 sudu besar penaut butter kacang kasar dalam adunan dan utk filling, ummi letak peanut butter yg ada lapis blackberry.



ni resepi basic muffin tu...

bahan A
2 cawan tepung gandum + 2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula

bahan B
1 biji telur
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak jagung
- satukan bahan B dan pukul hingga sebati

caranya
panaskan oven pada suhu 175 degree.
satukan bahan A dan gaulkan sekali dengan 4 sudu besar peanut butter kacang kasar.
- ummi tambah juga segenggam kismis.
masukkan pula bahan B yg telah disatukan.
gaul hingga rata.
masukkan dalam muffin cup.
pastu bakar selama 20 minit atau hingga masak.


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net