Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Mar-2007 18:17 Email | Share | Bookmark
LASAGNA+CROISSANT


croissant ummi beli je, tak pernah buat lagi, insyaAllah akan datang


ni resepi lasagna...ambik dari fp azzaliza. tak sempat nak tulis resepi sendiri. tp so far lebih kurang sama je

[color=red]Beef Lasagna edisi mummy
(Original resepi from Kuchai FP)

Bahan-bahan:
Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah
Mozarella cheese

Sos Daging
1 block daging kisar RAMLY
1 tin cendawan butang potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang besar ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar tomato pure
1 tin kecik PREGRO tomato sos with basil & garlic (tin oren yer)
2 sudu sos cili
1 kuib pati ayam MAGGI
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Sos Putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin
sedikit lada sulah & garam

Cara-cara memasak

Sos Daging
tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. bila daging empuk masukkan sos pegro, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam. masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang. tips, mummy buat sos ni lebih rasa manis dr masin sbb nnt cheese dah masin

Sos Putih
cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. lepas tu masukkan cheese & tutup api,

letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat mmt. susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. lepas tu tabur mozarella cheese byk2. lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. mcm kucai mummy dpt 2 lapis jer memandangkan bekas kecik & cetek. tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.
[/color]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net