Want your
own Fotopage?







 
Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Mar-2007 18:22 Email | Share | Bookmark
AYAM PERCIK BAKAR

ummi ada pastekan resepi ayam percik kak liza. yg tu la resepi yg sebenarnya. kalau resepi ummi, ikut apa yg ada je kt umah. kat saudi nie susah nak cari serai. ada tu ada...tapi seringgit sebatang . mahal betull kan !! . aritu ada bawak serai dari mesia, sampai je sini, terus ummi blender separuh. baru je abis tu. so, skrg klu buat ayam percik mmg tak pakai serai. tak cukup bahanla.

lagi satu, kalau malas nak bakar ayam tu, ummi goreng je. pastu buat kuah dan curah je atas ayam tu. mmg simple dan sedap gak. ummi tak pernah plak pakai halba, mungkin bila tambah halba, lebih sedap aromanya. membangkitkan lagi selera Kelapa pun, ummi pakai yg segera je, bawak dari mesia. kat sini ada jual kelapa tp SR3.50 sebiji. tak terfikir nak beli bila tgk harga semahal tu.stok kelapa segera tu dh nak abis plak nie, kt sini ada jual gak tp SR1.85. nak taknak, terpaksa beli gak nti. murah skitla dr kelapa segar tu. nampaknya kena kena kurangkan masakan berasaskan kelapa plak nie erm, klu ganti ngan susu...boleh gak kan



Ayam Percik Kak Liza

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net