Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Mar-2007 18:25 Email | Share | Bookmark
NUT BROWNIES

nut brownies nie ummi beli tepung yg siap dalam kotak. so, ummi takde resepinya. resepi brownies kt bawah nie ummi ambik dari fp kak hanieliza sbb kak liza mmg pakar masak so, ummi suka cuba resepi2 kak liza. cuma resepi kak liza tak letak nut. nuts tu kita boleh tambah sendiri...boleh letak pistachio, almond, dll. mmg sedap brownies nie dan tahan lama.


BROWNIES (kak hanieliza)

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KRIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net