Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-May-2007 13:07 Email | Share | Bookmark
Tazkirah hari ini

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini
ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji
penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu
sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi
cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang
dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu
dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk
Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-
hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya
kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri
boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang
isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas
berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham
akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net