Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jun-2007 12:20 Email | Share | Bookmark
Laksa Johor Jati dan Udang Tempura




resepi nie ummi ambik dari Mesra.net. first time makan laksa johor nie pas kahwinla
walid orang johor...mak selalu gak buat laksa johor nie bila ummi balik johor time walid cuti. tp resepi mak lain skit... bila buat ikut resepi mak, tak berapa sedap plak ummi buat. air tangan seorang ibu kan lain. pastu mula la meng 'explore' resepi2 laksa johor dalam internet. jumpala resepi laksa johor jati nie, ternyata kesedapannya. walid pun suka laksa johor jati nie...

tapi yg ummi buat nie still tak cukup bahan cam taugeh, daun selalsih, daun kesom, serai, lengkuas dan lobak asin. bahan2 tu suma susah nak dapatkan kat sini. tp tanpa bahan2 tu, sedap jugak ummi rasa

Kiriman: Mariam Yusof
Sumber: Resepi Temurun


Bahan-Bahan:
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk)
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus
Sambal belacan
1 paket sphageti (rebus 10 minit)

Cara:
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.

2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.

3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.
Cadangan Hidangan:
10 ORANG
Tambahan:
Petua: Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan.jika terlalu pekat campurkan denga air atau santan


laksa johor nie ummi makan ngan udang tempura. saje je tambah lauk ...lg pun nak test resepi udang tempura yg ummi tgk kt tv masa kat mesia dulu. klu tak silap, hosnya masa tu erra fazira. alhamdulillah, menajdi jugak udang tempura ummi nie. tp keropok2nya tak halus sgt. taktau mana silapnya. lgpun ummi tak salin resepi udang tempura tu, main save dalam kepala je. mungkin ada yg tertinggal kot bahannya. tp klu ikut resepi ummi nie, stil menjadi...



udang tempura

bahan2
udang 10 ekor (sederhana besar)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
5 ketul ais kiub
sedikit oregano, theme dan daun bay (option, saje je letak nie)
air sejuk
garam
minyak

caranya

1. Masukkan tepung, ais kiub, garam, telur, oregano, theme, bay dan sedikit air sejuk(agak2 je, jgn byk sgt...nti cair plak adunan tu) ke dalam bekas, kacau rata.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak tu mestila banyak. Bila kita letak udang tu, udang tu mestila tenggelam.
3. Bila minyak betul2 panas...boleh test tepung yg dibancuh td. letak satu sudu...kalau tepung tu berpecah...maka akan jadila keropok2 tu nanti.Kalau tak berpecah, ada la kesilapan teknikal tu
Kena pastikan adunan tepung tu sejuk semasa menggoreng.
4. Pas test tepung tu, kalau ok...bolehla celupkan udang tadi dalam tepung dan goreng hingga udang td habis.
5 Kalau ada lebihan tepung..boleh goreng tepung tu. Lagi byk keropoknya, lg best
6. Siap utk dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net