Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jun-2007 13:07 Email | Share | Bookmark
Talam Suji (kak hanieliza)

ni first time ummi buat talam suji. tp second time makan... first time makan masa kt umah mak mertua kt johor. kakak ipar walid order kt kawan dia masa ummi balik mesia aritu. mmg sedap betul...byk ummi makan . balik je saudi, ummi terus cari resepi nie kt forum dan explore fp kak liza. alhamdulillah, jumpa. tp talam suji ummi nie tak sama cam kak liza punya...mungkin ada yg kurang sbb ummi bg dua adunan dari resepi kak liza tu. pastu tak pakai gula merah...pakai gula melaka yg keras tu. tu yg kaler bahagian atas tu tak gelap. pastu, pas masak tu...kes tak sabar nak rasa...terus ummi potong time panas2. nampakla tak cantiknya dan kemasnya . alhamdulillah, rasanya mmg sedap..tp tang rupa tu tak menawan la


Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net