Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jun-2007 13:17 Email | Share | Bookmark
Aiskrim Goreng

Dulu duk ganu dekat 2 tahun gak tp tak pernah terfikir nak makan aiskrim goreng nie.Dengar2 cite org tu ada la pasal aiskrim nie, dorang kata mahal tp taktaula nak kata sbb blom pernah beli lg. aritu tiba2 tertengok resepi aiskrim goreng nie kat myresepi.com. apalagi, gi shopping barang dapur...terus beli aiskrim. kt sini aiskrim mahal skit...takde harga yg 3, 4 ringgit cam kat mesia. Mahal punya pasal, tu yg kena buat betul bg jadi . Alhamdulillah, menjadi aiskrim goreng ummi nie. Ummi buat coating nya tebal skit, lg best dan aiskrim lambat cair pas goreng.


Bahan-bahan ( 5 orang )
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan kacang kacang yg telah digoreng (dikisar)
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap.Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Campurkan conflakes dan kacang tanah yang telah digoreng dan diksar kasar ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
3. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi.
Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan kacang.
4. Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Bungkus semula dalam plastic wrap. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
5. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan kacang.
6. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.
7. Buat satu persatu sampai habis.
8. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih.
9. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
10. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
11. Angkat dan bolehlah terus makan.

** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net