Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jun-2007 11:39 Email | Share | Bookmark
mee bandung muar (mesra.net)

aritu sblm buat sendiri mee bandung nie, ummi beli perencah mee bandung muar nie yg dh siap dlm paket masa balik cuti aritu. tinggal tumis bawang besar yg dihiris then masukkan perencah dan air.pastu, boleh masukkan sotong, udang, isi ayam. mmg sedap. pastu, ummi cuba buat sendiri dan ambik resepi kt mesra.net. alhamdulillah, menjadi juga mee bandung nie. tp kt sini ummi tak pakai mee kuning, ummi pakai spaghetti je. rasa pun sama gak. bolehla sape2 cuba resepi nie. nak beli perencah yg dah siap...mahal jugak, dekat RM4 sepaket.

Bahan2nya

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net