Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jun-2007 12:36 Email | Share | Bookmark
Kek Butter Pelangi

ni la kek pertama yg ummi belajar dari arwah abah. masa tu ummi darjah 6. pakai telur ayam kampung plak tu buat kek nie:) masa tu abah ada pelihara ayam kg kt belakang umah. abah bgtau step satu2 nak buat kek nie sampai siap. mmg abah pandai buat kek, dia pun mmg ringan tulang tolong ma buat kek. so, ilmu yg dia dapat...dia turunkan pada ummi. rindu sgt kat abah...dh 2 thn abah meninggalkan kami. alfatihah buat abah....


Kek Butter Pelangi

bahan2nya:

1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan butter
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur (asingkan putih dan kuning, pukul yg putih hingga kembang)
pewarna merah, hijau, kuning

cara2nya:

1. tak kirala pakai mixer atau pukul pakai tangan, mana2 pun boleh. ummi pakai tangan je dulu, masa tu tak beli lg mixer.
2. pukul butter dan gula hingga kembang.
3. masukkan telur kuning sebiji-biji hingga habis
4. masukkan putih telur dan dipukul lagi
5. masukkan esen vanilla. gaul rata.
6. ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
7. masukkan tepung sikit2 dalam adunan tadi. gaul hingga rata.
8. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
9. letakkan pewarna merah, hijau, kuning
10. ambil loyang dan griskan...
11. letak dua sudu adunan yg berwarna kuning ditengah2 loyang.
12. pastu, letak 2 sudu adunan merah di atas adunan kuning tadi.
13. letak 2 sudu adunan hijau di atas adunan merah tadi.
14. ulangi step 11, 12 dn 13 tadi hingga habis kesemua adunan.
15. Bakar adunan kek pada suhu 360 degree selama 30 minit.
16. Boleh ditaburkan badam hiris di atasnya sblm dibakar (option)
17. selamat mencuba....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net