Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jun-2007 19:32 Email | Share | Bookmark
telur goreng bilis, daging kentang, tauhu timun

ni antara lauk utk juadah tghari ummi sekeluarga. ummi tak ingat bila ummi masak nie, mungkin minggu lepas kot.bila dah jemu dgn lauk kuah lemak, nasi minyak, nasi beriani...ini la jadinya . sekali sekala makan camni sedap jugak

telur goreng bilis ni ikut cara mak mertua masak. klu nak tambah lauk atau dah kehabisan lauk kt umah...telur ni la jadi lauk. walaupun simple, memang menyelerakan.

caranya senang je: pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk. letakkan sedikit garam. ambil segenggam ikan bilis dan basuh. panaskan kuali, goreng ikan bilis tadi. setelah hampir garing, masukkan telur ke dalam kuali. tuang telur tu betul2 atas ikan bilis tadi. apabila telur masak...bolehla diangkat dan dihidangkan.

daging kentang ni lagi satu resepi dari mak mertua. biasanya mak buat atas permintaan bak, bak suka sangat makan daging kentang ni, ratah camtu je.

caranya: hiris daging nipis2...basuh, ketepikan. potong kentang ikut suka cara nak potong tu...memanjang ke, membulat ke pastu goreng kentang tu. bawang besar hiris bulat. mulanya panaskan kuali dan masukkan daging, letak air sikit utk lembutkan daging. bila daging dah lembut dan empuk masukkan sedikit minyak. goreng sekejap daging tadi. masukkan pula bawang besar yg telah dihiris tadi, cili sos dan sos tomato...anggaran 2 sudu. gaul hingga rata. masukkan pula garam dan gula...sesuaikan rasanya. last sekali masukkan kentang...gaul lagi hingga rata. sedia utk dihidangkan

mulanya ummi terfikir nak makan tauhu sumbat. tp bila tauge takde dan terfikir walid tak makan tauhu sumbat, kenala ummi ubah resepi.

mulanya ummi goreng tauhu dulu. pastu, ummi buat kuahnya. kuah tu...ummi tumis bawang putih dalam 2 ulas. bawang putih tu ketuk2 je..takyah hiris2. pastu masukkan cili kering yg telah diblend anggaran 2 sudu besar. masukkan pula 1/2 cawan air, 1 sudu sos tomato, garam dan gula. kacau hingga menggelegak. boleh tutup api. letakkan tauhu yg telah digoreng tadi dalam pinggan hidang...letakkan juga di atasnya timun(sebatang) yg telah dihiris...lastly, tuang kuah tadi ke atasnya. sedia utk dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net