Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Jun-2007 14:31 Email | Share | Bookmark
choc chips cookies

kt sini ada gak jual chipmore cam kt mesia tu tp mahal la skit. ummi pun tak terfikir nak beli sbb ammar dan balqis lebih suka makan biskut maamoul/kurma dan biskut oat. masa ummi explore resipi.net, terjumpa plak resepi cookies nie. ummi terfikir nak cuba. lgpun ammar suka sgt tgk ummi buat kek atau cookies. nti dia bertenggek la atas kabinet tepi mixer ummi tu tunggu ummi buat sampai siap


close up


lg satu, ummi tak letak pun kacang gajus tu dlm cookies nie sbb takde stok kacang gajus kt umah. pastu, ummi buat besar2...tak kira plak dpt berapa keping. klu kecik2 besar duit 20 sen tu dapatla dlm 100 biji. bagus gak kan klu buat bisnes cookies nie. modal pun kecik je erm, nti masuk list cookies utk bisnes ummi bila duk mesia nti.

Bahan-bahan ( 100 biji )

450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
250g gajus(panggang dan cincang halus)
1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
Masukkan gajus dan kacau lagi
Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit


ni choc chips yg ummi buat kecik2 dan taruk cornflakes dlm adunan tu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net