Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jul-2007 12:59 Email | Share | Bookmark
sosej dgn roti za'atar

ummi beli roti nie kat giant...dalam giant ada khas tempat bakery, al-oumara namanya. ummi suka beli roti2 kt situ sbb lg lembut dan sedap. jadi ummi ada beli roti utk roti john. disebabkan roti john nie panjang, tu yg ummi letak dua batang sosej. lgpun walid mmg hadkan ummi makan 2 batang sosej je sehari. walid kata tak elok utk kesihatan.

okla...nie resepi roti nie.

bahan2

roti
telur sebiji
sosej 2 batang
za'atar (kat mesia takde nie, so boleh letak oregano atau italian spices)
salad
minyak

caranya
1. panaskan minyak dalam kuali. masukkan telur yg telah dipukul dengan garam dan za'atar atau oregano/italian spices(biasanya ada theme, oregano, rosemary yg telah dicampur). terus letakkan roti john atas telur tadi. biar dia melekat dan masak kejap. pastu, balikkan dan boleh diangkat.
2. pastu, panaskan minyak sedikit lagi dan masukkan sosej 2 batang. balik2kan. bila telah masak, ketepikan dan tutup api.
3. kat roti tadi tu, letakkan salad yg telah dihiris atau apa2 aje sayuran cam timun, tomato, dll. tp ummi letak salad je sbb time tu ada salad je kat umah. then, letak sosej atasnya cam dalam pic tu. pastu, boleh letak sos cili dan mayonis. lg best garlic mayonis. confirm boleh habiskan sorang roti tu
4. selamat mencuba !!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net