Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 22-Jul-2007 12:19 Email | Share | Bookmark
mekah al-mukarromah

 
 
 
 
 
 
 
 
masjidil haram


kaabah dari tingkat 1


kami bertolak ke mekah dalam pukul 2.30 ptg hari jumaat. ummi sekeluarga naik bas tabung haji bersama mak dan bak. kebetulan bas tabung haji masih byk seat yg kosong. sampai di Bir Ali (tempat miqat/niat ihram), kami solat sunat ihram di situ. kami pakai ihram dari hotel lg sbb Bir Ali hanya beberapa kilometer je dari hotel.

ammar dan balqis depan masjidil haram...



dalam perjalanan ke mekah, kami singgah di beberapa tempat utk solat asar dan maghrib isyak(jama'/qasar). alhamdulillah, ammar dan balqis tak byk kerenah dalam bas. separuh perjalanan...ammar dan balqis pun tido sampai ke mekah . kami sampai dalam pukul 9.30 malam. waktu tu baru habis solat isya' di masjidil haram. jalan penuh sesak. dekat setengah jam jugak kami stay atas bas sblm turun. pas dapat bilik...terus bawak beg naik atas dan bersiap utk mengerjakan umrah. masa tu dah pukul 11 mlm. ammar dan balqis pun dh segar balik sbb dorang lama tido dalam bas.

ammar dan balqis lagi...



masa tawaf tu...walid dukung balqis. ummi pimpin tgn ammar. nak masuk pusingan ke 4, ammar mula mengadu penat dan mintak dukung. 2 pusingan gakla ummi dukung ammar. mmg berat tp kesian plak kt dia. walid lg kesian sbb dari awal dukung balqis tp balqis ringan skitla . pusingan akhir, ummi pujuk ammar suh jalan...nak taknak, dia kena jalan juga. tgh malam cenggitu, org makin ramai tawaf sbb cuaca sejuk skit berbanding waktu tenghari dan petang.pas tawaf tu, kami solat sunat tawaf...dapatla duduk kejap. pastu, terus pegi tempai saei. kat situ duduk lg kat tepi tangga sambil minum air zamzam...sapu kat muka ammar dan balqis bg segar skit . ammar suka sgt time saei tu sbb ada bukit. dia suka panjat bukit tu. senang skitla ummi. 4 pusingan ammar jalan sendiri tp kena layan ammar bercakap jugakla sbb takut dia boring dn mintak dukung. tp sekali sekala kena berzikir juga.pastu, masuk pusingan 5,6...ummi ambik balqis dari walid. sian walid sampai berpeluh2 dukung balqis. ingatkan nak sewa wheel chair tp org ramai sgt, susah jugak nak tolak. lg cepat klu dukung cuma penat skitla. ummi dukung balqis dua pusingan. pusingan akhir, separuh balqis jalan. dia pun cam seronok je. sekali sekala berenti minum air zamzam sbb sepanjang tpt bersaei tu mmg ada tong2 air zamzam siap ngn gelasnya skali.

burung merapati depan masjidilharam


pas abis saei, kami duduk rehat jap kt bukit marwah. terfikir juga time tu betapa penatnya siti hajar berkejar2 cari air utk puteranya ismail dari bukit safa ke marwah.kat situ jugak kami bertahallul (bergunting sekurang2nya 3 helai rambut). selesai kami mengerjakan umrah malam tu kira2 pukul 2.30 pg. sampai je bilik, terus mandi dan duk kejap. rasa takleh tido plak sbb badan dah penat sgt. lastly, dalam kepenatan tu, terlelap juga akhirnya.

kami berada di mekah selama 5 hari. dari jumaat malam hingga tenghari rabu. mmg stay kat bilik mak dan bak je. suma hotel dah penuh. skrg nie musim cuti sekolah so, org arab sendiri ambil peluang dtg ke mekah. ummi berpeluang beberapa kali solat di masjidilharam dalam 5 hari tu. ummi tak pegi setiap waktu sbb klu waktu siang, terlalu panas, walid tak izinkan. biasanya nenek dan atuk ammar/balqis tak balik bilik pas maghrib...terus tunggu isya'. ummi pernah gi sekali maghrib terus ke isya' tp ammar dan balqis takleh tunggu lama. nanti dorang tak duk diam. ummi biasanya gi solat waktu isya' je pas walid balik dari masjid. masa tu bolehla bawak ammar dan balqis sbb org dah kurang dan cuaca pun sejuk skit.walid yg jaga dorang masa ummi solat. time tu jugak berpeluang naik ketingkat atas masjid. dapat tgk kaabah dari atas.

ammar dan balqis kat bilik....


atuk belikan mainan...


kat sini kita boleh tgk macam2 ragam manusia. kat sini ada yg mengamalkan mazhab hanafi, maliki, hambali, dan shafi'e. ada yg solat tutup suma...ada yg nampak kaki, ada yg nampak rambut skit, dan macam2 lagi. apapun, kita dari rumpun yg sama. Islam yg kita anuti dan keredhaan Allah yg kita cari.

sepanjang 5 hari tu juga...walid dapat mengerjakan 7 kali umrah. ummi 1 umrah je pagi rabu pas solat subuh sblm balik tu, ummi sempat mengerjakan tawaf sunat. walid pun tawaf sama. walid mmg tak izinkan ummi pegi sorang2. ummi juga berpeluang solat sunat kt multazam dan hijir ismail. tgk tapat kaki nabi ibrahim a.s. bila terpandang je kaabah dan sedar kita berada kat mana...mmg senang sgt mengalirkan air mata. di sinila tpt bermulanya Islam dan lahirnya Imam (rasulullah saw) kita. Alhamdulillah, kesyukuran yg tidak terhingga kerana diberi peluang utk beribadah di bumi yg penuh barokah ini.

selepas solat zohor hari rabu tu...kami sekali lagi ke kaabah utk mengerjakan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal). tawaf wida' merupakan perkara wajib umrah dan haji. wajib mengerjakannya sblm meninggalkan mekah al-mukarromah. ummi pegi dgn walid je...ammar dan balqis tinggal ngn nenek dan atuk kt bilik. pas tawaf, kami hanya naik ke bilik utk ambil beg sahaja. mmg itula syarat2nya. dah tak boleh rehat2 dan tido. tp sebelum bertolak tu, dibolehkan utk membeli makanan utk makan sepanjang perjalanan. tp tak boleh membeli belah perkara lain spt baju, dll.

selamat tinggal kota mekah...moga diberi peluang beribadah di sini lagi


walid mmg dah arrangekan taxi dari awal. taxi dari mekah ke jeddah SR 130. ambil masa 1 jam utk sampai airport. petang tu flight pukul 6 ptg. dalam flight ammar tido, balqis apalagi....makan2 la sampai flight tu mendarat. perjalanan ambil masa 2 jam. opas sampai airport, ummi terus cari musolla...nak solat jama'/qasar maghrib isyak. sampai umah dalam kul 10 mlm.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net