Jubah,Hijab,Telekung,Stokin Wudu,Baby Tights,Busana Muslimah

By: norazia abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Aug-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
mee hailan (kak liza)

makasih kak lzia sbb sediakan resepi mee hailam kt fp kak liza. mmg best sgt. tp byk yg kurangnya bila ummi buat sbb byk benda yg takde kat sini. cuma yg ummi tambah kt sini, ummi letak satu sudu tepung jagung nak bg pekat skit.



MEE HAILAM

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net